Pengumuman Galaxy S4 baru-baru ini amat mengujakan penggemar gajet dan teknologi. Hari ini Samsung mendedahkan inovasi terbaru yang didatangkan bersama Galaxy S4. 9 sensor yang diperkenalkan ini dapat memberi impak kepada bakal pengguna Galaxy S4 nanti. Antara ciri yang menarik minat ialah Gesture Sensor yang membolehkan pengguna melihat gambar-gambar pada galeri dengan hanya melalukan tapak tangan diudara dan ganbar akan berubah mengikut arah pergerakan tapak tangan. Bagi pengguna yang risau tentang penggunaan bateri dan tempoh jangka hayat, Samsung mengatakan bahawa sensor-sensor ini menggunakan kuasa yang minimum untuk memastikan jangka hayat bateri kekal lebih lama.
Tidak dinafikan peminat tempatan tidak sabar untuk menunggu hari Galaxy S4 dilancarkan di Malaysia kelak. Semoga kita semua mendapat manfaat dari kecanggihan teknologi telefon pintar ini.
